Thursday, November 13, 2008

Padanan Pelbagai Rona Pembayang Mata Untuk 4 Warna Kanta Lengkap


Padanan Pelbagai Rona Pembayang Mata Untuk 4 Warna Kanta Lengkap

Kuasa Mata, siapa yang mampu menyangkalnya! Pada sepasang mata, tersirat seribu rahsia ma
lah mata jualah yang sering menyatu dua jiwa.Kuasa itulah yang membuatkan ramai ingin tampil sepasang mata yang mempersona.Justeru, tidak hairanlah jika kanta lekap turut jadi pilihan.Kanta lekap biru,hijau,kelabu dan coklat menyerikan anak mata dan lantas apa pula warna pembayang mata yang sesuai?

Pembayang mata biasanya terdapat dalam pelbagai jenis, tekstur dan warna.Pembayang mata jenis debu adalah paling popular tetapi kini pengguna sudah mula beralih pada jenis cecair, krim dan pensil.

Apa yang pasti, menc
ari warna pembayang mata yang sepadan bukanlah satu tugas yang mudah. Memang benar,warna pembayang mata juga berubah mengikut musim dan trend. Persoalannya, padankah trend warna itu dengan anda? Jadi anda harus mengambil kira beberapa kira beberapa faktor sebelum memadankan solekan mata. Selain warna kulit dan warna rambut, warna anak mata juga adalah elemen terpenting untuk anda pertimbangkan!Mengapa?Ini kerana trend memakai kanta lekap pelbagai warna seakan satu keperluan untuk menambah seri padah mata anda.

BIRU MATA HITAMKU!
Sesekali menukar warna mata pada biru tentu saja mengamit pelbagai persepsi. Apa salahnya jika anda bijak merias mata dan warna kanta lekap biru paling sesuai untuk gadis berkulit cerah. Rona pembayang mata paling sesuai untuk digayakan terdiri dari rona jingga, merah jambu, biru, coklat, ungu, putih karamel, Keemasan , perak dan toffee.
Kemudian , mantapkan lagi solekan anda dengan sapuan pembayang pipi rona pic dan oleskan gincu rona lembut yang disudahi dengan pengilat bibir rona putih kristal. Bagi gadis bermata biru, hindar penggunaan warna pembayang mata dari rona hijau dan merah.

HIJAU PILIHAN HATI
Bagi anda yang memang gemar tampil unik dan pelik, bermata hijau pasti memberikan kelainan yang dicari.Pilihan pembayang mata paling sesuai adalah dari rona pic dan merah jambu. Selain itu, rona copper, burgundy, fuchsia, kuning cair, kombinasi hijau dan kuning, ungu, plum dan jingga aprikot juga sesuai untuk anda. Warna biru adalah kombinasi pembayang mata terburuk untuk anda yang bermata hijau. Selain itu, jangan lupa memberikan fokus pada mata anda dengan penggaris mata rona coklat dan maskara hitam. bagi mencapai dimensi gaya yang dicari,lengkapkan rias anda dengan gincu rona lebih gelap atau merah.

MATA COKLAT YANG MEMPERSONA
Anak mata rona coklat juga merupakan di antara rona semulajadi bagi mata selain hitam di Malaysia. Anda yang bermata coklat ini ternyata sangat bertuah kerana anda sesuai mengenakan pelbagai jenis warna pembayang mata. Namun, pilihan terbaij adalah dari rona beige, toffee, coklat, putih dan coklat gelap. Serlahkan lagi bentuk mata anda dengan melukis garisan mata menggunakan penggaris mata jenis cecair dari rona hitam atau coklat.

MATA KELABU JADI DAMBAAN
Kanta lekap rona kelabu juga menjadi pilihan bagi individu yang ingin tampil dengan mata lebih galak lebih semulajadi.Kebiasaannya, komponen warna "sejuk" paling baik untuk jadi padanan mata kelabu ini. Di antara rangkaian warna yang boleh jadi pilihan adalah seperti merah jambu, turquoise, biru, plum, dan ungu. Jika anda berkulit cerah, rona sheer green juga boleh digayakan tetapi jauhi warna ini jika anda berkulit gelap kerana ia tidak akan menonjol. warna coklat juga adalah warna yang patut dijauhi jika anda memilih warna kelabu untuk anak mata anda.

EKSTRA TIP!
* Jangan takut untuk menyuaipadankan warna pembayang mata anda tetapi hadkan maksimum kepada tiga warna sahaja jika baru mencuba.
* Bagi memastikan warna pembayang mata anda bertahan lama, jangan lupa meratakan asas bagi solekan mata atau highlight. Sapuan rona asas pada mata akan membantu menjadi pemangkin pada debu pembayang mata anda untuk kekal lebih lama.
* Ingat, jika tumpuan solekan anda adalah pada mata maka minimumkan sapuan warna gincu dan begitulah jika sebaliknya.

No comments: