Monday, November 24, 2008

Mampu kurus dengan ikan

Mampu Kurus dengan Ikan?
Anda mahukan kurus dengan makanan yang lazat? Apakata mulai dari hari ini anda akan lebihkan makan ikan, Tuna, Salmon, kod dan sardin adalah antara ikan laut yang kaya dengan khasiat asid lemak omega 3 serta berkesan menurunkan berat badan. Banyak kajian telah membuktikan bahawa Omega 3 mampu melawan penyakit jantung dengan cara menurunkan paras kolestrol. Satu kajian yang dijalankan selama empat bulan telah dilakukan terhadap 69 lelaki dan wanita yang menderita masalah kegemukan dan darah tinggi. mereka yang mendapat menu harian ikan yang kaya dengan khasiat omega 3 berjaya mengalami penurunan berat badan yang banyak.Kadar kolestrol menurun dan risiko diabetes juga lebih kecil. Ini berbeza dengan mereka yang hanya makan ikan sekali seminggu atau kekal dalam diet yang lama. Kumpulan ini langsung tidak mengalami penurunan berat badan dan kualiti kesihatan kekal seperti asal.

Fakta Minuman Berkarbonat


Fakta Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari masyarakat kita kini. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 kalori,30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi.Kajian yang dilaporkan di dalam jurnal pediatrik mendapati bahawa 56 peratus hingga 85 peratus kanak-kanak minum sekurang-kurangnya satu tin minuman berkarbonat dalam sehari manakala 20 peratus individu dewasa mengambil empat tin atau lebih dalam sehari. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak di kawal akan mengakibatkan risiko diabetes.

Sunday, November 23, 2008

Apa hebatnya Sayuran Hijau


Apa hebatnya sayuran hijau

Sayuran hijau kaya dengan agen penentang kanser di sebalik bentuknya yang kurang menarik itu. 100 gram sayuran hijau seperti sawi, bayam, dan kubis mengandungi 33 kalori, 3 gram protein, 3.1 gram karbohidrat, dan 3.4 gram serat. Selain sayuran hijau juga merupakan sumber vitamin C, potasium dan beta karoten terbaik. Sayuran hijau ini sesuai dibuat sup atau digoreng bersama tumisan bawang merah, bawang putih dan cili. Bagaimanapun, jangan bazirkan khasiat sayuran hijau ini dengan menumisnya dengan minyak yang banyak. Gunakan minyak yang minima dan pilihlah minyak berkhasiat seperti minyak bijan atau minyak zaitun.

Saturday, November 22, 2008

Penjagaan Rambut Wanita Bertudung


Kebanyakan wanita yang bertudung sering mengabaikan penjagaan dan kecantikan rambut mereka.Walaupun bukan semua, namun rata-ratanya begitu. Seharusnya anda yang bertudung perlulah menjaga kecantikan dan kesihatan rambut anda sama seperti mereka yang tidak memakainya. Mungkin mereka merasakan untuk apalah berambut hebat kalau ia akan ditutup dengan tudung sepanjang hari. Harap-harap janganlah anda berperasaan begini. Tidak mahukah anda tampil hebat di mata suami dan ahli keluarga anda?Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.

Tidak dinafikan , wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya. Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambu tidak akan kering sempurn dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering sebanyak 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, anda hanya mengundang petaka kepada rambut anda sendiri.Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.

1)TIDAK PERLU MENCUCI
Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.

Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang.sebaik sahaja anda pulang dari kerja.Selebihnya cucilah pada hujung minggu.Keringkan rambut secara semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

2) Pilih kain Tudung Berfabrik Lembut

Kalau anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih fabrik lembut untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah pilihan paling popular. Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
tul
Cadangan: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.

3) Sentiasa merawat Rambut

Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.

4) Atasi masalah rambut jika ada

Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda, Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, Bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.

Cadangan: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.

5) Berehat dahulu sebelum membersihkan diri

Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan pula membiarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Cadangan: Waktu ini, sebaiknya anda berehat sepenunya . Jangan lakukan kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.

Saturday, November 15, 2008

Cantik Itu Sihat


Setiap wanita mendambakan rupa yang cantik. Kecantikan akan sentiasa berkekalan sekiranya kesihatan diri sentiasa diberi perhatian. Apa yang perlu anda lakukan adalah kesimbangan kedua-dua aspek ini bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna.

Penjagaan Kulit

Semulajadi lebih baik
*
Warna kulit setiap individu adalah berbeza kerana ia dipengaruhi faktor-faktor tertentu.Tiada siapa yang mahu kulit wajah hitam dan tidak sekata.
* Kebanyakan wanita menggunakan produk-produk pengelupasan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati serta mencerahkannya.
* Sesetengah produk kecantikan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kulit kerana ia mengikis permukaan kulit.
* Banyak cara semulajadi yang boleh diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit.Anda boleh mengunakan:-

a) Limau Nipis - Perahan jus limau nipis mampu membuatkan pori-pori mengecil dan menghilangkan lebihan lemak pada kulit yang berminyak.Bagi merapatkan pori-pori kulit, ambil isi limau nipis dan ratakan pada wajah. Kawasan sekitar hidung dan pipi akan menampakkan saiz pori-pori yang besar berbanding bahagian lain. Anda juga boleh menghalus dan memutihkan kulit wajah dengan menggunakan limau nipis.

b) Avokado - Avokado sesuai dijadikan pelembap, Ambil bahagian kulit avokado dan gosokkan secara lembut ke seluruh wajah dan dibiarkan selama15minit. Apabila ia telah kering, bilaskan wajah anda menggunakan air sejuk. Amalkan memakai avokado setiap malam.

Pakai Masker dan Skrub Kulit
1) Pemakaian masker dan melulur kulit amat penting untuk menjadikan kulit lebih bersih dan licin. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan produk kecantikan yang terdapat dipasaran, anda boleh membuat masker dan krim lulur anda sendiri. Penggunaan masker dapat menegangkan kulit dan memastikannya tidak kelihatan letih dan kusam. Bagi anda yang masih muda, memakai masker berasaskan timun, tomato, sengkuang, kentang, dan lobak merah adalah sesuai.

2) Skrub wajah anda sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu sekali agar sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit menjadi kasar dan kusam akan terangkat dan menggelupas. Cara ini akan mempercepatkan proses penggantian lapisan sel-sel kulit yang lebih muda dan menjadikan permukaan kulit lebih segar dan berseri.

3) Jangan sesekali lupa untuk memakai krim pelindung matahari setiap kali mahu keluar dari rumah.

Pemakanan

Makanan Untuk Mata
Amalan mengambil makanan yang sihat yang penting bagi menjaga kesihatan mata. Mata juga memerlukan nutrisi yang seimbang bagi memastikan ia berfungsi dengan baik walaupun sudah melangkaui usia. Antara makanan yang baik untuk mata adalah:

1.Makanan berasaskan Vitamin A
* Vitamin ini diperlukan untuk penghasilan rodopsin. Vitamin ini biasanya datang dari makanan berasaskan daging haiwan. Walau bagaimanapun , buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi karotenoid juga mempunyai vitamin A yang tinggi.

* Karotenoid merupakan pigmen yang memberi warna hijau , merah, jingga, dan kuning kepada makanan ini. Jenis-jenis karotenoid adalah termasuk beta-karotena,alfa-karotena,beta-kriptoxantin,lutein dan zeaxantin.Lutein dan zeaxantin tidak mempunyai vitamin A tetapi didapati boleh memberikan perlindungan antioksidan terhadap kemerosotan makula.

*Makula terletak dibahagian tengah retina dan bertanggungjawab untuk membuat penglihatan kita lebih jelas, tepat dan terperinci. Kemerosotan makula biasanya akan berlaku kepada individu berusia 60 tahun ke atas.

* Risiko untuk mendapat penyakit ini meningkat apabila seseorang itu terdedah kerana cahaya matahari secara berlebihan ataupun seorang perokok

*Makanan yang mengandungi lutein dan zeaxantin adalah kuning telur, kailan , bayam, brokoli , dan cili merah.

2.Bilberi
Katarak merupakan sejenis penyakit mata yang terjadi apabila kanta mata yang jernih bertukar menjadi keruh dan menyukarkan penglihatan. Satu kajian yang dilakukan telah menunjukkan ekstrak bilberi boleh memberhentikan proses pembentukan katarak dalam 48 daripada 50 pesakit yang menghidap penyakit ini.

3.Brokoli
Sayur ini juga dipercayai dapat mengurangkan risiko mendapat katarak. Satu kajian mendapat 36,000 orang lelaki yang memakan brokoli lebih daripada dua kali seminggu mempunyai risiko serendah 23 peratus untuk mendapat penyakit katarak berbanding lelaki yang mengambil sayur-sayuran tinggi kandungan sulfur dan kurang daripada satu kali seminggu.

Hilangkan Lebam Dengan Ais


Hilangkan Lebam Dengan Ais

Terjatuh, terseliuh, atau terkena benda panas boleh mengakibatkan lebam secara tiba-tiba. Lebam tetap meninggalkan rasa pedih walaupun ia tidak menyebabkan luka. Untuk mengatasi rasa lebam yang tidak selesa, anda boleh menuam bahagian lebam itu dengan bungkusan kain yang berisi ais. Rasa sejuk dan dingin daripada ais tersebut mampu melegakan ketegangan pada kulit yang lebam sekaligus membantu menyurutkan dengan lebih cepat.

Legakan Tubuh Dan Minda Dengan Mandian Garam


Legakan Tubuh dan Minda Dengan Mandian Garam

Mandian garam bukan sahaja baik untuk tubuh, bahkan ia juga baik untuk minda. Mandian ini membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan menjadikan anda lebih tenang. Walaupun hanya memasukkan garam dalam air mandian, ia sebenarnya mengurangkan rasa saki pada tubuh, memulihkan kerosakkan kulit dan secara tidak langsung, "mencuci" tekanan agar berlalu pergi dari minda anda. cuma penuhkan air suam dan masukkan sedikit garam mandian ke dalamnya. Selain kebaikan diatas, mandian garam juga merangsang peredaran darah, mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat arthritis.