Friday, November 14, 2008

6 Tabiat Semulajadi Tubuh Jangan dibiarkan!

6 Tabiat Semulajadi Tubuh Jangan Dibiarkan!


Memicit Jerawat (Acne Excoriee)
Khayalak yang kerapa melakukannya:
Wanita melakukannya lapan kali lebih banyak berbanding lelaki. 3.8 peratus pula di pelopori oleh golongan pelajar.
Sebenarnya memicit jerawat tidak salah. Masalah hanya timbul apabila kebanyakan wanita tidak tahu bila mereka patut berhenti daripada melakukannya. Menurut Dr.Claiborn, pakar psikologi dan penulis The habit change workbook, orang yang gemar memicit jerawat lazimnya berpuas hati hati setelah melakukanya walaupun wajah mereka akan meninggalkan bekas dan parut. Menurut Dr.Claiborn lagi, perbuatan ini juga berkait rapat dengan tekanan akibat jerawat yang ada. Beliau menasihati wanita agar terus berjumpa pakar kulit kerana apabila kulit sudah bersih dan sihat, keinginan untuk memicit jerawat itu tiada lagi.
Mengigit Kuku ( Chronic Onychphagia)
Khalayak yang kerap melakukannya:
19-29 peratus orang dewasa yang berusia 20-an.
Tabiat menggigit kuku memang banyak berlaku sehingga ada masyarakat yang menganggapnya sebagai normal. Ia tidaklah membahayakan kecuali anda menggigit daging kuku anda sendiri! Sering dikaitkan yang perbuatan menggigit kuku berhubung rapat dengan masalah tekanan atau rasa cemas yang sedang dialami. Namun, kajian membuktikan perbuatan menggigit kuku sebenarnya menandakan pelakunya memiliki masalah berkaitan persepsi diri sendiri.
Menggesel / Melagakan Gigi (Bruxism)
Khalayak yang kerap melakukannya:
12.6 peratus golongan dewasa.
Tabiat melaga-lagakan gigi atas dan bawah jarang berlaku kecuali semasa tidur. Ada pendapat yang bersetuju bahawa tabiat ini sebenarnya disebabkan oleh tabiat tidur yang kurang baik dan rasa risau. Dr william Trepp, pakar orthodontist memberitahu mereka yang gemar dengan tabiat ini lazimnya melakukannya pada waktu malam.
Menggigit Lidah (Oral Parafunctional Habit)
Khalayak yang kerap melakukanya:
Sesiapa sahaja.
Ia adalah keadaan yang biasa melainkan jika lidah mula berdarah. Ia tidak terlalu serius tetapi boleh menjadi bahaya jika lidah dan bibir berdarah kesan gigitan yang terlalu kuat.
Menarik / Mencabut Rambut (Trichotillomania)
Khalayak yang sering melakukanya:
13 hingga 15 peratus orang dewasa
Mungkin selama ini anda menganggap perbuatan menarik rambut itu bukan masalah kesihatan. Tetapi tabiat ini sebenarnya berkait rapat dengan masalah kehilangan sama ada kehilangan oranga yang disayangi mahupun kesihatan yang selama ini sentiasa berada dalam keadaan baik.
Dr nancy Keuthen di dalam bukunya Help for Hairpullers: Understanding and coping with Trichottilomania menyatakan, kebanyakan mereka yang mempunyai tabiat ini malu untuk mengakuinya di hadapan orang lain. Apatah lagi jika tabiat mereka menyebabkan kesan botak pada bahagian rambut yang dicabut.
Mengorek Hidung (Rhinotillexomania)
Khalayak yang sering melakukannya:
Hampir 17 peratus orang dewasa
Dr Martin Winkler, Pakar terapi perlakuan di Center of Applies Medical Science di Luneburg, Jerman menyatakn tabiat mengorek hidung boleh menyebabkan sindrom Tourette's yang bermaksud ianya dilakukan di luar kerelaan dan pesakit sendiri tidak mampu untuk menahannya. Pesakit ADHD pula kerap mengorek hidung sebagai salah satu cara untuk terus membangkitkan minda mereka. Bagi manusia biasa yang normal, perbuatan mengorek hidung tidak salah asalkan anda melakukannya sendirian, bukannya di khalayak ramai. Ini lebih berkisar tentang tatabudaya sosial.

Terapi Semulajadi Mengatasi Tabiat Ini
Jadikan rasanya sangat teruk - Kalau anda jenis yang sua mengigit kuku, letakkan sesuatu yng berasa teruk di hujung kuku anda. Secara automatik, anda akan berhenti melakukannya kerana "terkejut" dengan rasanya.

Jadikannya kesannya nampak buruk- Kalau anda suka menarik rambut, usah memakai apa-apa misalnya tudung atau topi untuk menutup rambut yang hampir botak. Dengan in, anda sendiri akan tersedar , malu dan berusaha untuk tidak melakukannya lagi.

Jadikannya Sebagai Sesuatu Yang Mustahil -Sebagai contoh, anda gemar mengigit lidah. Cuba bayangkan kalau lidah anda cedera dan anda perlu menjalani perbedahan untuk membaiki pulihkannya. Lama kelamaan, anda pasti terpengaruh dan tidak mahu melakukannya lagi.

Lakukanya di khalayak Ramai- Mudah sahaja. Anda boleh mengorek hidung di tempat terbuka misalnya di perhentian bas. Sambil mengorek hidung, cuba perhatikan penerimaan orang lain. Buka minda dan lihat sejujur-jujurnya pandangan mereka. Anda pasti akan termalu sendiri.

No comments: