Saturday, November 15, 2008

Cantik Itu Sihat


Setiap wanita mendambakan rupa yang cantik. Kecantikan akan sentiasa berkekalan sekiranya kesihatan diri sentiasa diberi perhatian. Apa yang perlu anda lakukan adalah kesimbangan kedua-dua aspek ini bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna.

Penjagaan Kulit

Semulajadi lebih baik
*
Warna kulit setiap individu adalah berbeza kerana ia dipengaruhi faktor-faktor tertentu.Tiada siapa yang mahu kulit wajah hitam dan tidak sekata.
* Kebanyakan wanita menggunakan produk-produk pengelupasan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati serta mencerahkannya.
* Sesetengah produk kecantikan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kulit kerana ia mengikis permukaan kulit.
* Banyak cara semulajadi yang boleh diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit.Anda boleh mengunakan:-

a) Limau Nipis - Perahan jus limau nipis mampu membuatkan pori-pori mengecil dan menghilangkan lebihan lemak pada kulit yang berminyak.Bagi merapatkan pori-pori kulit, ambil isi limau nipis dan ratakan pada wajah. Kawasan sekitar hidung dan pipi akan menampakkan saiz pori-pori yang besar berbanding bahagian lain. Anda juga boleh menghalus dan memutihkan kulit wajah dengan menggunakan limau nipis.

b) Avokado - Avokado sesuai dijadikan pelembap, Ambil bahagian kulit avokado dan gosokkan secara lembut ke seluruh wajah dan dibiarkan selama15minit. Apabila ia telah kering, bilaskan wajah anda menggunakan air sejuk. Amalkan memakai avokado setiap malam.

Pakai Masker dan Skrub Kulit
1) Pemakaian masker dan melulur kulit amat penting untuk menjadikan kulit lebih bersih dan licin. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan produk kecantikan yang terdapat dipasaran, anda boleh membuat masker dan krim lulur anda sendiri. Penggunaan masker dapat menegangkan kulit dan memastikannya tidak kelihatan letih dan kusam. Bagi anda yang masih muda, memakai masker berasaskan timun, tomato, sengkuang, kentang, dan lobak merah adalah sesuai.

2) Skrub wajah anda sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu sekali agar sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit menjadi kasar dan kusam akan terangkat dan menggelupas. Cara ini akan mempercepatkan proses penggantian lapisan sel-sel kulit yang lebih muda dan menjadikan permukaan kulit lebih segar dan berseri.

3) Jangan sesekali lupa untuk memakai krim pelindung matahari setiap kali mahu keluar dari rumah.

Pemakanan

Makanan Untuk Mata
Amalan mengambil makanan yang sihat yang penting bagi menjaga kesihatan mata. Mata juga memerlukan nutrisi yang seimbang bagi memastikan ia berfungsi dengan baik walaupun sudah melangkaui usia. Antara makanan yang baik untuk mata adalah:

1.Makanan berasaskan Vitamin A
* Vitamin ini diperlukan untuk penghasilan rodopsin. Vitamin ini biasanya datang dari makanan berasaskan daging haiwan. Walau bagaimanapun , buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi karotenoid juga mempunyai vitamin A yang tinggi.

* Karotenoid merupakan pigmen yang memberi warna hijau , merah, jingga, dan kuning kepada makanan ini. Jenis-jenis karotenoid adalah termasuk beta-karotena,alfa-karotena,beta-kriptoxantin,lutein dan zeaxantin.Lutein dan zeaxantin tidak mempunyai vitamin A tetapi didapati boleh memberikan perlindungan antioksidan terhadap kemerosotan makula.

*Makula terletak dibahagian tengah retina dan bertanggungjawab untuk membuat penglihatan kita lebih jelas, tepat dan terperinci. Kemerosotan makula biasanya akan berlaku kepada individu berusia 60 tahun ke atas.

* Risiko untuk mendapat penyakit ini meningkat apabila seseorang itu terdedah kerana cahaya matahari secara berlebihan ataupun seorang perokok

*Makanan yang mengandungi lutein dan zeaxantin adalah kuning telur, kailan , bayam, brokoli , dan cili merah.

2.Bilberi
Katarak merupakan sejenis penyakit mata yang terjadi apabila kanta mata yang jernih bertukar menjadi keruh dan menyukarkan penglihatan. Satu kajian yang dilakukan telah menunjukkan ekstrak bilberi boleh memberhentikan proses pembentukan katarak dalam 48 daripada 50 pesakit yang menghidap penyakit ini.

3.Brokoli
Sayur ini juga dipercayai dapat mengurangkan risiko mendapat katarak. Satu kajian mendapat 36,000 orang lelaki yang memakan brokoli lebih daripada dua kali seminggu mempunyai risiko serendah 23 peratus untuk mendapat penyakit katarak berbanding lelaki yang mengambil sayur-sayuran tinggi kandungan sulfur dan kurang daripada satu kali seminggu.

No comments: