Monday, November 24, 2008

Mampu kurus dengan ikan

Mampu Kurus dengan Ikan?
Anda mahukan kurus dengan makanan yang lazat? Apakata mulai dari hari ini anda akan lebihkan makan ikan, Tuna, Salmon, kod dan sardin adalah antara ikan laut yang kaya dengan khasiat asid lemak omega 3 serta berkesan menurunkan berat badan. Banyak kajian telah membuktikan bahawa Omega 3 mampu melawan penyakit jantung dengan cara menurunkan paras kolestrol. Satu kajian yang dijalankan selama empat bulan telah dilakukan terhadap 69 lelaki dan wanita yang menderita masalah kegemukan dan darah tinggi. mereka yang mendapat menu harian ikan yang kaya dengan khasiat omega 3 berjaya mengalami penurunan berat badan yang banyak.Kadar kolestrol menurun dan risiko diabetes juga lebih kecil. Ini berbeza dengan mereka yang hanya makan ikan sekali seminggu atau kekal dalam diet yang lama. Kumpulan ini langsung tidak mengalami penurunan berat badan dan kualiti kesihatan kekal seperti asal.

Fakta Minuman Berkarbonat


Fakta Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari masyarakat kita kini. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 kalori,30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi.Kajian yang dilaporkan di dalam jurnal pediatrik mendapati bahawa 56 peratus hingga 85 peratus kanak-kanak minum sekurang-kurangnya satu tin minuman berkarbonat dalam sehari manakala 20 peratus individu dewasa mengambil empat tin atau lebih dalam sehari. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak di kawal akan mengakibatkan risiko diabetes.

Sunday, November 23, 2008

Apa hebatnya Sayuran Hijau


Apa hebatnya sayuran hijau

Sayuran hijau kaya dengan agen penentang kanser di sebalik bentuknya yang kurang menarik itu. 100 gram sayuran hijau seperti sawi, bayam, dan kubis mengandungi 33 kalori, 3 gram protein, 3.1 gram karbohidrat, dan 3.4 gram serat. Selain sayuran hijau juga merupakan sumber vitamin C, potasium dan beta karoten terbaik. Sayuran hijau ini sesuai dibuat sup atau digoreng bersama tumisan bawang merah, bawang putih dan cili. Bagaimanapun, jangan bazirkan khasiat sayuran hijau ini dengan menumisnya dengan minyak yang banyak. Gunakan minyak yang minima dan pilihlah minyak berkhasiat seperti minyak bijan atau minyak zaitun.

Saturday, November 22, 2008

Penjagaan Rambut Wanita Bertudung


Kebanyakan wanita yang bertudung sering mengabaikan penjagaan dan kecantikan rambut mereka.Walaupun bukan semua, namun rata-ratanya begitu. Seharusnya anda yang bertudung perlulah menjaga kecantikan dan kesihatan rambut anda sama seperti mereka yang tidak memakainya. Mungkin mereka merasakan untuk apalah berambut hebat kalau ia akan ditutup dengan tudung sepanjang hari. Harap-harap janganlah anda berperasaan begini. Tidak mahukah anda tampil hebat di mata suami dan ahli keluarga anda?Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.

Tidak dinafikan , wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya. Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambu tidak akan kering sempurn dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering sebanyak 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, anda hanya mengundang petaka kepada rambut anda sendiri.Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.

1)TIDAK PERLU MENCUCI
Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.

Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang.sebaik sahaja anda pulang dari kerja.Selebihnya cucilah pada hujung minggu.Keringkan rambut secara semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

2) Pilih kain Tudung Berfabrik Lembut

Kalau anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih fabrik lembut untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah pilihan paling popular. Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
tul
Cadangan: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.

3) Sentiasa merawat Rambut

Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.

4) Atasi masalah rambut jika ada

Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda, Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, Bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.

Cadangan: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.

5) Berehat dahulu sebelum membersihkan diri

Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan pula membiarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Cadangan: Waktu ini, sebaiknya anda berehat sepenunya . Jangan lakukan kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.

Saturday, November 15, 2008

Cantik Itu Sihat


Setiap wanita mendambakan rupa yang cantik. Kecantikan akan sentiasa berkekalan sekiranya kesihatan diri sentiasa diberi perhatian. Apa yang perlu anda lakukan adalah kesimbangan kedua-dua aspek ini bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna.

Penjagaan Kulit

Semulajadi lebih baik
*
Warna kulit setiap individu adalah berbeza kerana ia dipengaruhi faktor-faktor tertentu.Tiada siapa yang mahu kulit wajah hitam dan tidak sekata.
* Kebanyakan wanita menggunakan produk-produk pengelupasan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati serta mencerahkannya.
* Sesetengah produk kecantikan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kulit kerana ia mengikis permukaan kulit.
* Banyak cara semulajadi yang boleh diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit.Anda boleh mengunakan:-

a) Limau Nipis - Perahan jus limau nipis mampu membuatkan pori-pori mengecil dan menghilangkan lebihan lemak pada kulit yang berminyak.Bagi merapatkan pori-pori kulit, ambil isi limau nipis dan ratakan pada wajah. Kawasan sekitar hidung dan pipi akan menampakkan saiz pori-pori yang besar berbanding bahagian lain. Anda juga boleh menghalus dan memutihkan kulit wajah dengan menggunakan limau nipis.

b) Avokado - Avokado sesuai dijadikan pelembap, Ambil bahagian kulit avokado dan gosokkan secara lembut ke seluruh wajah dan dibiarkan selama15minit. Apabila ia telah kering, bilaskan wajah anda menggunakan air sejuk. Amalkan memakai avokado setiap malam.

Pakai Masker dan Skrub Kulit
1) Pemakaian masker dan melulur kulit amat penting untuk menjadikan kulit lebih bersih dan licin. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan produk kecantikan yang terdapat dipasaran, anda boleh membuat masker dan krim lulur anda sendiri. Penggunaan masker dapat menegangkan kulit dan memastikannya tidak kelihatan letih dan kusam. Bagi anda yang masih muda, memakai masker berasaskan timun, tomato, sengkuang, kentang, dan lobak merah adalah sesuai.

2) Skrub wajah anda sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu sekali agar sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit menjadi kasar dan kusam akan terangkat dan menggelupas. Cara ini akan mempercepatkan proses penggantian lapisan sel-sel kulit yang lebih muda dan menjadikan permukaan kulit lebih segar dan berseri.

3) Jangan sesekali lupa untuk memakai krim pelindung matahari setiap kali mahu keluar dari rumah.

Pemakanan

Makanan Untuk Mata
Amalan mengambil makanan yang sihat yang penting bagi menjaga kesihatan mata. Mata juga memerlukan nutrisi yang seimbang bagi memastikan ia berfungsi dengan baik walaupun sudah melangkaui usia. Antara makanan yang baik untuk mata adalah:

1.Makanan berasaskan Vitamin A
* Vitamin ini diperlukan untuk penghasilan rodopsin. Vitamin ini biasanya datang dari makanan berasaskan daging haiwan. Walau bagaimanapun , buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi karotenoid juga mempunyai vitamin A yang tinggi.

* Karotenoid merupakan pigmen yang memberi warna hijau , merah, jingga, dan kuning kepada makanan ini. Jenis-jenis karotenoid adalah termasuk beta-karotena,alfa-karotena,beta-kriptoxantin,lutein dan zeaxantin.Lutein dan zeaxantin tidak mempunyai vitamin A tetapi didapati boleh memberikan perlindungan antioksidan terhadap kemerosotan makula.

*Makula terletak dibahagian tengah retina dan bertanggungjawab untuk membuat penglihatan kita lebih jelas, tepat dan terperinci. Kemerosotan makula biasanya akan berlaku kepada individu berusia 60 tahun ke atas.

* Risiko untuk mendapat penyakit ini meningkat apabila seseorang itu terdedah kerana cahaya matahari secara berlebihan ataupun seorang perokok

*Makanan yang mengandungi lutein dan zeaxantin adalah kuning telur, kailan , bayam, brokoli , dan cili merah.

2.Bilberi
Katarak merupakan sejenis penyakit mata yang terjadi apabila kanta mata yang jernih bertukar menjadi keruh dan menyukarkan penglihatan. Satu kajian yang dilakukan telah menunjukkan ekstrak bilberi boleh memberhentikan proses pembentukan katarak dalam 48 daripada 50 pesakit yang menghidap penyakit ini.

3.Brokoli
Sayur ini juga dipercayai dapat mengurangkan risiko mendapat katarak. Satu kajian mendapat 36,000 orang lelaki yang memakan brokoli lebih daripada dua kali seminggu mempunyai risiko serendah 23 peratus untuk mendapat penyakit katarak berbanding lelaki yang mengambil sayur-sayuran tinggi kandungan sulfur dan kurang daripada satu kali seminggu.

Hilangkan Lebam Dengan Ais


Hilangkan Lebam Dengan Ais

Terjatuh, terseliuh, atau terkena benda panas boleh mengakibatkan lebam secara tiba-tiba. Lebam tetap meninggalkan rasa pedih walaupun ia tidak menyebabkan luka. Untuk mengatasi rasa lebam yang tidak selesa, anda boleh menuam bahagian lebam itu dengan bungkusan kain yang berisi ais. Rasa sejuk dan dingin daripada ais tersebut mampu melegakan ketegangan pada kulit yang lebam sekaligus membantu menyurutkan dengan lebih cepat.

Legakan Tubuh Dan Minda Dengan Mandian Garam


Legakan Tubuh dan Minda Dengan Mandian Garam

Mandian garam bukan sahaja baik untuk tubuh, bahkan ia juga baik untuk minda. Mandian ini membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan menjadikan anda lebih tenang. Walaupun hanya memasukkan garam dalam air mandian, ia sebenarnya mengurangkan rasa saki pada tubuh, memulihkan kerosakkan kulit dan secara tidak langsung, "mencuci" tekanan agar berlalu pergi dari minda anda. cuma penuhkan air suam dan masukkan sedikit garam mandian ke dalamnya. Selain kebaikan diatas, mandian garam juga merangsang peredaran darah, mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat arthritis.

Amalkan minum air kosong


Amalkan minum air kosong

Marilah kita mengikuti amalan orang jepun dengan segera meminum air kosong sebaik sahaja bangun pagi. Amalan ini baik bagi mencegah sebarang penyakit. Caranya adalah:

1) Minum empat gelas air sebelum menggosok gigi
2) Anda boleh membersihkan mulut anda, namun elakkan dari makan dan minum selama 45 minit.
3) 15 minit selepas sarapan ,makan tengahari , dan makan malam, anda tidak digalakkan untuk makan atau minum benda lain dalam tempoh dua jam

Refleksologi Kaki Bantu Atasi Masalah Kesihatan


Refleksologi Kaki Bantu Atasi Masalah Kesihatan

Pernah cuba refleksologi? Terapi ini lazimnya berlangsung dalam masa satu jam. Bergantung kepada umur atau tahap penyakit yang dialami. Refleksologi adalah rawatan semulajadi terbaik untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan. Sebaik sahaja anda selesai melakukan refleksologi, anda akan merasai perubahan dalam tubuh kerana toksin sudah berjaya dilepaskan daripada sistem yang tidak lancar. Refleksologi sebenarnya baik kerana ia membantu mengatasi masalah selsema, menopaus, migrain, senggugut, sembelit, cirit-birit, asma dan banyak lagi. Selain bergantung pada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor, tidak salah anda mencuba terapi semulajadi seperti ini dalam usaha untuk memurnikan kesihatan tubuh.

Sikat rambut boleh atasi masalah kulit kepala


Sikat rambut boleh atasi masalah kulit kepala
Anda salah seorang yan mengalami masalah rambut, khususnya kelemumur dan kepingan kulit mati yang melampau? Tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan atau produk yang belum diketahui keberkesanannya. Salah satu cara yang boleh anda lakukan ialah dengan memberus/menyikat rambut sebelum tidur. Memberus rambut dengan menggunakan sikat berbulu semulajadi selama dua minit mampu menyingkirkan sel kulit mati dan kekotoran. Selain itu, ia juga merangsang minyak di kulit kepala dan menjadikan rambut lebih bersinar, Dari sdut terapi pula, cara ini menghilangkan rasa tegang dan tekanan pada kulit kepala.

Diet untuk Pesakit Diabetes

Diet untuk pesakit Diabetes

Tidak hanya diet ini sesuai untuk anda yang menghidapi diabetes, tetapi juga untuk semua orang. Pengambilan diet harian mestilah dipengaruhi oleh berat badan, umur dan pekerjaan yang dilakukan serta keadaan penyakit anda untuk menjamin kesihatan yang baik dan memberi tenaga yang mencukupi. Anda bebas mengambil makanan yang mengandungi serat seperti sayuran, ulaman , kekacang, bijiran , jagung, pasta dan sebagainya. Cadangan pengambilan makanan seharian mestilah meliputi 15% protein, lemak dan 55% karbohidrat.

Khasiat Kurma Pada Tubuh


Khasiat Kurma Pada Tubuh

Buah hitam manis dari padang pasir ini menyimpan manfaat kepada kesihatan tubuh. Kurma adalah buah yang mempunyai serat tinggi dan memiliki jumlah vitamin dan mineral yang diperlukan dalam tubuh manusia. Kandungan kurma yang kaya dengan serata membuatkn ia baik untuk dijadikan menu yang penting untuk diet. Ia juga kaya dengan zat besi, kalsium, fasforus, sodium,potasium ,vitamin A dan C. Malah hidangan kurma sesuai untuk wanita yang berpantang

Oat untuk diet rendah lemak


Oat untuk diet rendah lemak

Bagi penggemar bijirin, amat mudah untuk anda mengamalkan diet yang sihat. Kajian saintifik yang dijalankan menunjukkan pengambilan oat setiap pagi mampu menurunkan kolestrol dalam darah. Disamping serat mudah larut dalam oat, kajian mendapati amalan menikmati bijiran oat sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak dan rendah kolestrol, membantu menurunkan kolestrol darah seseorang selain mengurangkan risiko penyakit jantung. Mulakan tabiat memakan oat hari ini untuk menjamin jantung yang sihat dan diet yang seimbang.

Timun Makanan Pelangsing


Timun Makan Pelangsing
Sayuran seperti timun mengandungi kandungan air sehingga 90%. Ia membantu menghilangkan toksin melalui ginjal Malah, ia berfungsi sebagai bahan pelangsing kerana ia memberi kesan mengenyangkan dan jumlah kalori yang minimum. Anda juga boleh menjadikan timun sebagai jus dan tambahan yogurt untuk meningkatkan rasa yang enak.

Friday, November 14, 2008

6 Tabiat Semulajadi Tubuh Jangan dibiarkan!

6 Tabiat Semulajadi Tubuh Jangan Dibiarkan!


Memicit Jerawat (Acne Excoriee)
Khayalak yang kerapa melakukannya:
Wanita melakukannya lapan kali lebih banyak berbanding lelaki. 3.8 peratus pula di pelopori oleh golongan pelajar.
Sebenarnya memicit jerawat tidak salah. Masalah hanya timbul apabila kebanyakan wanita tidak tahu bila mereka patut berhenti daripada melakukannya. Menurut Dr.Claiborn, pakar psikologi dan penulis The habit change workbook, orang yang gemar memicit jerawat lazimnya berpuas hati hati setelah melakukanya walaupun wajah mereka akan meninggalkan bekas dan parut. Menurut Dr.Claiborn lagi, perbuatan ini juga berkait rapat dengan tekanan akibat jerawat yang ada. Beliau menasihati wanita agar terus berjumpa pakar kulit kerana apabila kulit sudah bersih dan sihat, keinginan untuk memicit jerawat itu tiada lagi.
Mengigit Kuku ( Chronic Onychphagia)
Khalayak yang kerap melakukannya:
19-29 peratus orang dewasa yang berusia 20-an.
Tabiat menggigit kuku memang banyak berlaku sehingga ada masyarakat yang menganggapnya sebagai normal. Ia tidaklah membahayakan kecuali anda menggigit daging kuku anda sendiri! Sering dikaitkan yang perbuatan menggigit kuku berhubung rapat dengan masalah tekanan atau rasa cemas yang sedang dialami. Namun, kajian membuktikan perbuatan menggigit kuku sebenarnya menandakan pelakunya memiliki masalah berkaitan persepsi diri sendiri.
Menggesel / Melagakan Gigi (Bruxism)
Khalayak yang kerap melakukannya:
12.6 peratus golongan dewasa.
Tabiat melaga-lagakan gigi atas dan bawah jarang berlaku kecuali semasa tidur. Ada pendapat yang bersetuju bahawa tabiat ini sebenarnya disebabkan oleh tabiat tidur yang kurang baik dan rasa risau. Dr william Trepp, pakar orthodontist memberitahu mereka yang gemar dengan tabiat ini lazimnya melakukannya pada waktu malam.
Menggigit Lidah (Oral Parafunctional Habit)
Khalayak yang kerap melakukanya:
Sesiapa sahaja.
Ia adalah keadaan yang biasa melainkan jika lidah mula berdarah. Ia tidak terlalu serius tetapi boleh menjadi bahaya jika lidah dan bibir berdarah kesan gigitan yang terlalu kuat.
Menarik / Mencabut Rambut (Trichotillomania)
Khalayak yang sering melakukanya:
13 hingga 15 peratus orang dewasa
Mungkin selama ini anda menganggap perbuatan menarik rambut itu bukan masalah kesihatan. Tetapi tabiat ini sebenarnya berkait rapat dengan masalah kehilangan sama ada kehilangan oranga yang disayangi mahupun kesihatan yang selama ini sentiasa berada dalam keadaan baik.
Dr nancy Keuthen di dalam bukunya Help for Hairpullers: Understanding and coping with Trichottilomania menyatakan, kebanyakan mereka yang mempunyai tabiat ini malu untuk mengakuinya di hadapan orang lain. Apatah lagi jika tabiat mereka menyebabkan kesan botak pada bahagian rambut yang dicabut.
Mengorek Hidung (Rhinotillexomania)
Khalayak yang sering melakukannya:
Hampir 17 peratus orang dewasa
Dr Martin Winkler, Pakar terapi perlakuan di Center of Applies Medical Science di Luneburg, Jerman menyatakn tabiat mengorek hidung boleh menyebabkan sindrom Tourette's yang bermaksud ianya dilakukan di luar kerelaan dan pesakit sendiri tidak mampu untuk menahannya. Pesakit ADHD pula kerap mengorek hidung sebagai salah satu cara untuk terus membangkitkan minda mereka. Bagi manusia biasa yang normal, perbuatan mengorek hidung tidak salah asalkan anda melakukannya sendirian, bukannya di khalayak ramai. Ini lebih berkisar tentang tatabudaya sosial.

Terapi Semulajadi Mengatasi Tabiat Ini
Jadikan rasanya sangat teruk - Kalau anda jenis yang sua mengigit kuku, letakkan sesuatu yng berasa teruk di hujung kuku anda. Secara automatik, anda akan berhenti melakukannya kerana "terkejut" dengan rasanya.

Jadikannya kesannya nampak buruk- Kalau anda suka menarik rambut, usah memakai apa-apa misalnya tudung atau topi untuk menutup rambut yang hampir botak. Dengan in, anda sendiri akan tersedar , malu dan berusaha untuk tidak melakukannya lagi.

Jadikannya Sebagai Sesuatu Yang Mustahil -Sebagai contoh, anda gemar mengigit lidah. Cuba bayangkan kalau lidah anda cedera dan anda perlu menjalani perbedahan untuk membaiki pulihkannya. Lama kelamaan, anda pasti terpengaruh dan tidak mahu melakukannya lagi.

Lakukanya di khalayak Ramai- Mudah sahaja. Anda boleh mengorek hidung di tempat terbuka misalnya di perhentian bas. Sambil mengorek hidung, cuba perhatikan penerimaan orang lain. Buka minda dan lihat sejujur-jujurnya pandangan mereka. Anda pasti akan termalu sendiri.

Kulit Halus Gebu Cantik Dengan Khasiat Kelapa


KULIT HALUS GEBU CANTIK DENGAN KHASIAT KELAPA

Setiap wanita idamkan kulit halus, gebu dan putih berseri. Untuk itu, ramai yang memilih untuk melakukan rawatan moden atau menggunakan produk-produk yang tersedia di pasaran. Namun, dalam dunia yang serba canggih ini, tidak salah kiranya kita kembali ke alam semulajadi dalam mengekalkan kecantikan kulit wajah.

Kebanyakan tanam-tanaman di atas muka bumi ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan kecantikan. Salah satu daripadanya ialah kelapa. Walaupun kelapa tidak terkenal seperti minyak zaitun dalam dunia kecantikan tetapi jangan pandang remeh tentang kelapa kerana ia juga mengandungi khasiat yang tersembunyi. Sebenarnya dari air kelapa muda hinggalah diproses menjadi santan. Ia turut digunakan untuk tujuan kecantikan.

Kulit Putih Gebu Dengan Lulur Santan
Peranan santan telah diakui sejak zaman berzaman. Malahan, masyarakat Melayu amat sinonim dengan penggunaan santan dalam masakan atau untuk kecantikan diri. Santan juga turut digunakan sebagai petua untuk mendapatkan kening yang menawan dan rambut lebat bersinar.

Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu bukan sahaja untuk kecantikan tetapi mampu melindungi kulit dan mengekalkan daya ketahanan badan seseorang.

Lulur santan yang dirumus secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia berperanan untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang keanjalan kulit dan memberikan kelembapan. Disamping itu, lulur santan berkesan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Lulur santan yang mengandungi asid laurik urut berkesan meransang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit dan bertindak melindungi kulit daripada kuman. Jangan tersalah anggap bagi anda yang berusaha mencerahkan kulit dengan lulur santan. Sebenarnya kulit cerah yang terhasil bukanlah daripada proses pengelupasan produk kecantikan tetapi ia berlaku secara semulajadi dengan penyingkiran tisu mati dan kotoran yang terdapat pada kulit.

Kelebihan Rawatan Lulur Santan
* Kulit menjadi halus, gebu dan cerah * Membuang sel-sel mati dan daki yang ada pada badan. * Memutihkan bahagian pelipat paha,lutut, siku dan celah ketiak. * Mengurangkan tekanan dan keletihan. * Mengekalkan tenaga * Mengurangkan bau badan dan mengawal masalah peluh berbau. * Membaiki tekstur kulit. * Mengurangkan dehidrasi.

Cara rawatan
- sebelum anda melakukan rawatan, kulit akan dianalisis untuk memastikan rawatan yang sesuai untuk digunakan.
- Kemudian, tubuh dilulurkan dengan santan
- Lulur dilakukan dari atas bahu hingga ke telapak kaki
- bilas badan anda dengan air suam
- Letakkan serbuk susu pada keseluruhan badan
- Mulakan urutan daripada kaki hingga ke kepala
- Rendam badan anda di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dan krim mandian santan selama 15 minit.
- biasanya, di akhir rawatan, anda akan disediakan dengan teh halia untuk menghilangkan angin-angin yang terkandung dalam badan.

Petua
Cantik Dengan Air Kelapa Muda
Tidak hanya untuk mengembalikan kesegaran tetapi air kelapa muda mempunyai banyak kandungan khasiat kesihatan dan kecantikan. Air kelapa mempunyai unsur kandungan makro dan mikro iaitu karbon dan nitrogen. Ia termasuklah, glukosa, sukrosa, protein, mineral untuk tubuh, asid amino ,kalium,kalsium, magnesium,ferum, vitamin C dan lain-lain.

Antara Kegunaan air kelapa untuk kecantikan ialah:-
a) Menghilangkan jerawat
* Caranya: Satu gelas air kelapa yang dicampur dengan kunyit dan dibiarkan semalaman, Kemudian masukkan pula serbuk kayu cendana dan disimpan selama tiga hari. Titiskan campuran tadi pada jerawat dua kali sehari

b) Mencegah Ubah
* Campurkan air kelapa dengan satu sudu garam. Gunakan semasa mandi atau ketika mencuci rambut.

C) Muka sentiasa bercahaya
* Sapukan air kelapa yang telah disimpan semalaman ke muka anda beberapa kali. Pastikan muka anda yang dibasuh dengan air kelapa dibiarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air.

d) Elak kedutan di wajah
* Sentiasa membasuh muka dengan air kelapa

e) Mencantikkan telapak kaki
* Rendam segenggam beras ke dalam air kelapa selama 6 hingga 7 jam. Tumbuk atau giling beras rendaman tadi sehingga halus dan letakkan di telapak kaki. Lakukan selama 3 hingga 4 hari.


Thursday, November 13, 2008

Padanan Pelbagai Rona Pembayang Mata Untuk 4 Warna Kanta Lengkap


Padanan Pelbagai Rona Pembayang Mata Untuk 4 Warna Kanta Lengkap

Kuasa Mata, siapa yang mampu menyangkalnya! Pada sepasang mata, tersirat seribu rahsia ma
lah mata jualah yang sering menyatu dua jiwa.Kuasa itulah yang membuatkan ramai ingin tampil sepasang mata yang mempersona.Justeru, tidak hairanlah jika kanta lekap turut jadi pilihan.Kanta lekap biru,hijau,kelabu dan coklat menyerikan anak mata dan lantas apa pula warna pembayang mata yang sesuai?

Pembayang mata biasanya terdapat dalam pelbagai jenis, tekstur dan warna.Pembayang mata jenis debu adalah paling popular tetapi kini pengguna sudah mula beralih pada jenis cecair, krim dan pensil.

Apa yang pasti, menc
ari warna pembayang mata yang sepadan bukanlah satu tugas yang mudah. Memang benar,warna pembayang mata juga berubah mengikut musim dan trend. Persoalannya, padankah trend warna itu dengan anda? Jadi anda harus mengambil kira beberapa kira beberapa faktor sebelum memadankan solekan mata. Selain warna kulit dan warna rambut, warna anak mata juga adalah elemen terpenting untuk anda pertimbangkan!Mengapa?Ini kerana trend memakai kanta lekap pelbagai warna seakan satu keperluan untuk menambah seri padah mata anda.

BIRU MATA HITAMKU!
Sesekali menukar warna mata pada biru tentu saja mengamit pelbagai persepsi. Apa salahnya jika anda bijak merias mata dan warna kanta lekap biru paling sesuai untuk gadis berkulit cerah. Rona pembayang mata paling sesuai untuk digayakan terdiri dari rona jingga, merah jambu, biru, coklat, ungu, putih karamel, Keemasan , perak dan toffee.
Kemudian , mantapkan lagi solekan anda dengan sapuan pembayang pipi rona pic dan oleskan gincu rona lembut yang disudahi dengan pengilat bibir rona putih kristal. Bagi gadis bermata biru, hindar penggunaan warna pembayang mata dari rona hijau dan merah.

HIJAU PILIHAN HATI
Bagi anda yang memang gemar tampil unik dan pelik, bermata hijau pasti memberikan kelainan yang dicari.Pilihan pembayang mata paling sesuai adalah dari rona pic dan merah jambu. Selain itu, rona copper, burgundy, fuchsia, kuning cair, kombinasi hijau dan kuning, ungu, plum dan jingga aprikot juga sesuai untuk anda. Warna biru adalah kombinasi pembayang mata terburuk untuk anda yang bermata hijau. Selain itu, jangan lupa memberikan fokus pada mata anda dengan penggaris mata rona coklat dan maskara hitam. bagi mencapai dimensi gaya yang dicari,lengkapkan rias anda dengan gincu rona lebih gelap atau merah.

MATA COKLAT YANG MEMPERSONA
Anak mata rona coklat juga merupakan di antara rona semulajadi bagi mata selain hitam di Malaysia. Anda yang bermata coklat ini ternyata sangat bertuah kerana anda sesuai mengenakan pelbagai jenis warna pembayang mata. Namun, pilihan terbaij adalah dari rona beige, toffee, coklat, putih dan coklat gelap. Serlahkan lagi bentuk mata anda dengan melukis garisan mata menggunakan penggaris mata jenis cecair dari rona hitam atau coklat.

MATA KELABU JADI DAMBAAN
Kanta lekap rona kelabu juga menjadi pilihan bagi individu yang ingin tampil dengan mata lebih galak lebih semulajadi.Kebiasaannya, komponen warna "sejuk" paling baik untuk jadi padanan mata kelabu ini. Di antara rangkaian warna yang boleh jadi pilihan adalah seperti merah jambu, turquoise, biru, plum, dan ungu. Jika anda berkulit cerah, rona sheer green juga boleh digayakan tetapi jauhi warna ini jika anda berkulit gelap kerana ia tidak akan menonjol. warna coklat juga adalah warna yang patut dijauhi jika anda memilih warna kelabu untuk anak mata anda.

EKSTRA TIP!
* Jangan takut untuk menyuaipadankan warna pembayang mata anda tetapi hadkan maksimum kepada tiga warna sahaja jika baru mencuba.
* Bagi memastikan warna pembayang mata anda bertahan lama, jangan lupa meratakan asas bagi solekan mata atau highlight. Sapuan rona asas pada mata akan membantu menjadi pemangkin pada debu pembayang mata anda untuk kekal lebih lama.
* Ingat, jika tumpuan solekan anda adalah pada mata maka minimumkan sapuan warna gincu dan begitulah jika sebaliknya.